Mesti Makan! - Campur Campur Kitchen, D'Pulze Cyberjaya
Set Ayam Bakar, Campur Campur Kitchen, D'pulze Cyberjaya |
Menarik bukan? Gambar diatas merupakan gambar bagi set ayam bakar di Campur Campur Kitchen. Dengan harga kurang dari RM 15.00 anda sudah mampu mengisi perut yang berkeroncong. Campur Campur Kitchen merupakan salah satu restoran yang baru di D'Pulze Mall Cyberjaya. Restoran ini telah dibuka pada tahun 2016 dan masih beroperasi sehingga kini.
Bagi yang tidak mengetahui, makanan dan minuman di restoran adalah berasaskan masakan dari Indonesia, Cina, dan Thailand. Bermacam-macam piihan disediakan dari pencuci mulut ke menu utama. Boleh rujuk dari gambar dibawah;
Campur Campur Kitchen, D'Pulze Cyberjaya |
Menu Makanan |
Makanan yang ditawarkan berasaskan ikan, ayam dan makanan laut lain. Terdapat lebih dari 20 jenis makanan dan minumam yang ditawarkan. Yang pasti harga tidak terlalu mahal dan pastinya memuaskan dengan portion yang cukup besar. Servis yang dtawarkan juga begitu cepat dan mesra walaupun kebanyakan pelayan tidak dapat bertutur dalam bahasa melayu dengan lancar. Restoran ini juga menyediakan "salad" dan "baby crab" secara percuma bagi pelanggan yang "dine-in".
Di bulan Ramadhan ini, jika anda ingin berbuka puasa di Campur Campur Kitchen, sila buat tempahan lebih awal supaya tidak kempunan nanti.
Maklumat Restoran;
Campur Campur Kitchen, D'pulze Cyberjaya.
UG18, Dpulze Shopping Centre,
Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
No. Telefon: +60383224848
Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
Comments
Post a Comment