Mesti Makan! - Coffeeology Cafe, Bukit Beruang, Melaka
Coffeeology Cafe, Bukit Beruang, Melaka |
Sesuai dengan nama, Coffeeology Cafe merupakan kafe halal yang menyediakan makanan dan minuman terbaik pada harga yang berpatutan. Dibuka pada tahun 2014, kafe ini terletak di kawasan tumpuan pelajar di Bukit Beruang. Dengan tempat yang strategik dan mudah untuk meletakkan kenderaan, kafe ini sememangnya menjadi pilihan bagi pelajar MMU dan juga warga sekitar Melaka. Makanan yang ditawarkan berasaskan kafe "western" seperti "steak", "lamb chop", "spagetthi", "pasta", dan lain-lain.
Lamb Chop & Coffee, Coffeeology Cafe |
Waffle with Chocolate Ice Cream, Coffeeology Cafe |
Portion makanan yang dihidangkan adalah sangat besar dan sesuai dengan harga. Diantara "plus point" bagi kafe ini adalah suasananya sendiri. Boleh dikatakan kafe ini mempunyai susasana yang sangat "homey" dan "friendly". Terdapat permainan keluarga seperti "Jenga" dan "board games" yang lain disediakan bagi pelanggan. Secara keseluruhan, kafe ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang terbaik bagi pelanggan.
Maklumat Kafe;
Coffeeology Cafe & Restaurant
23 Pangsapuri Ixora
Jalan Bukit Beruang
75450 Melaka, Malaysia.
No. Telefon: +60623294444
Webpage: www.coffeeologycafe.com
Instagram: cofeologycafe
Comments
Post a Comment